Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Buaya kerap muncul ketika bina Jambatan Batang Lupar 1
  • SEMASA

Buaya kerap muncul ketika bina Jambatan Batang Lupar 1

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGURUS Projek Perbena Emas Sdn Bhd, Yang Ching Hian.

SEBUYAU: Pasukan pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 kerap terserempak buaya sepanjang proses menyiapkan jambatan merentas sungai terpanjang di Malaysia itu.

Pengurus Projek Perbena Emas Sdn Bhd, Yang Ching Hian berkata kemunculan reptila itu kerap di kawasan Triso, namun situasi itu tidak pernah mengganggu operasi pembinaan.

“Kami nampak buaya dari semasa ke semasa terutama di kawasan Triso, tetapi kami tidak mengganggu mereka dan mereka juga tidak mengganggu kami,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau, hari ini.

Ching Hian berkata antara keunikan Jambatan Batang Lupar 1 ialah pemandangan Pulau Triso selain berjaya memendekkan masa perjalanan pengguna jalan raya dengan ketara.

Namun katanya, cabaran utama sepanjang pembinaan jambatan tersebut ialah komunikasi memandangkan sebahagian besar kerja melibatkan kontraktor dari China selain tenaga kerja pelbagai kaum.

KEMUNCULAN buaya di kawasan Triso antara pengalaman unik dilalui pasukan pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 sepanjang menyiapkan projek tersebut.

“Komunikasi menjadi cabaran pertama kami, namun semuanya dapat diatasi kerana kami bekerja sebagai satu pasukan selain menggunakan khidmat penterjemah di tapak projek,” katanya.

Beliau berkata, faktor logistik dan lokasi projek sepanjang hampir lima kilometer turut memberi cabaran besar terutama melibatkan penggunaan jentera dan pergerakan tenaga kerja.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Lupar 1 bukti kemampuan kontraktor tempatan bina projek bertaraf dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.