Buaya jantan sepanjang 4.27 meter ditangkap di Pujut Lorong 5

Facebook
WhatsApp
DITANGKAP...Anggota Team Eric Cat bersama menunjukkan buaya jantan sepanjang 4.27 meter yang berjaya ditangkap di Pujut Lorong 5 , Miri.

MIRI, 22 November: Seekor buaya jantan sepanjang kira-kira 4.27 meter berjaya ditangkap dalam operasi oleh Team Eric Cat dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Pujut  Lorong 5 , di sini, semalam.

Buaya berukuran 14 kaki itu berjaya ditangkap hasil operasi yang dijalankan susulan usaha mengurangkan ancaman reptilia berkenaan terhadap keselamatan penduduk di kawasan berisiko.

BUAYA jantan sepanjang 4.27 meter ditangkap di Pujut Lorong 5

Eric Cat menerusi hantaran di Facebooknya  berkata, pihaknya akan terus membantu penduduk setempat menerusi kerjasama dengan SFC bagi menangani ancaman buaya, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko.

Menurutnya, keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan dan usaha pemantauan serta tindakan menangkap buaya akan diteruskan mengikut keperluan.

Oleh Liong Chai Ling