Buaya ditemukan mati terapung di Sungai Sibuti

Facebook
WhatsApp
MATI... Seekor buaya ditemukan mati terapung di Sungai Sibuti petang semalam. Punca kematian reptilia berkenaan masih belum diketahui.

BEKENU: Seekor buaya ditemukan mati dalam keadaan terapung dan tersangkut pada tunggul tiang di Sungai Sibuti, berhampiran GiatMARA Sibuti, di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat penduduk setempat, bangkai reptilia berkenaan ditemukan di permukaan sungai, namun punca kematiannya masih belum diketahui.

Penemuan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, terutama mereka yang menjalankan aktiviti harian berhampiran sungai berkenaan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa berkaitan dimohon mengambil tindakan lanjut dengan menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kematian serta memantau keadaan di sepanjang Sungai Sibuti.

Bangkai buaya itu juga diharapkan dapat dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai bagi mengelakkan pencemaran sungai, selain memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

Oleh Adum Liu