Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Buang bayi: Suspek dihadap ke mahkamah hari ini
  • MAHKAMAH

Buang bayi: Suspek dihadap ke mahkamah hari ini

Utusan Sarawak 6 months ago
SUSPEK kes pembuangan bayi di Jalan Tong Sang pada 29 Oktober lepas, telah dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol.

SIBU: Suspek kes pembuangan bayi di Jalan Tong Sang pada 29 Oktober lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol.

Ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Romario Jonoi, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Siaw Chung Ming, 44.

Mengikut pertuduhan, Siaw didakwa merogol seorang gadis berusia bawah 16 tahun di bilik sewa Jalan Tong Sang antara Mac hingga Oktober 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan, jika sabit dengan kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut lanjut di Mahkamah Sesyen pada 18 November ini.

Sementara menunggu tarikh tersebut, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan dua orang penjamin.

Siaw juga diperintah melaporkan diri kepada pegawai penyiasat kes pada hari pertama setiap bulan sebagai ikat jamin tambahan.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Siti Mariah Dahari sementara tertuduh tidak diwakili.

Sebelum ini, Siaw telah ditahan reman selama sembilan hari susulan penemuan bayi lelaki di dalam bekas penyimpanan ikan berhampiran tempat pembuangam sampah sekitar 8.30 pagi di Jalan Tong Sang.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Curi bateri lori: Pemuda dipenjara setahun   
Next: Pemuda kena jel 3 bulan gara-gara pecah rumah, curi seluar dalam bekas isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.