Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BSN teruskan perkhidmatan menerusi bank bergerak
  • WILAYAH

BSN teruskan perkhidmatan menerusi bank bergerak

Utusan Sarawak 2 years ago

Perkhidmatan bank bergerak BSN akan ditempatkan di Medan Niaga Lawas, beroperasi setiap Isnin dan Rabu bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang bermula 15 Februari ini.

LAWAS: Penduduk tidak perlu bimbang akan penutupan sementara cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berikutan akan ada perkhidmatan bank bergerak BSN bagi meneruskan urusan penduduk di sini.

Menurut kenyataan pihak BSN, perkhidmatan bank bergerak itu akan ditempatkan di Medan Niaga Lawas, beroperasi setiap Isnin dan Rabu bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Segala urusan transaksi, pembukaan buku akaun, urusan kad ATM, kemas kini pengeluaran wang tunai dengan mesin merupakan perkhidmatan yang tersedia di bank bergerak ini bermula 15 Februari ini.

Penutupan sementara BSN Cawangan Lawas untuk penempatan ke lot premis kedai yang lebih selesa, selamat dan lokasi baharu relevan bagi menampung jumlah pelanggan.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Pengurangan peruntukan hadkan saluran bantuan pedalaman – Nanta
Next: Projek LPB WPC04 dijangka siap November ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.