Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 April – MAHB
  • BISNES

British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 April – MAHB

Utusan Sarawak 2 months ago

PERTH: British Airways bersedia untuk menyambung semula operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan harian Boeing 787-9 antara London Heathrow dan Kuala Lumpur bermula 2 April 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengurus Besar Kanan, Strategi MAHB Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, berkata British Airways teruja untuk berada di pasaran Malaysia, dengan memetik faktor jualan yang kukuh dan muatan yang tinggi menjelang pelancaran semula laluan berkenaan.

“Semalam, kami telah mengadakan perbincangan yang baik dengan pasukan British Airways di sini. Jadi, mereka juga sangat teruja untuk melihat pelancaran semula ini. Faktor muatan kelihatan bagus, dan jualan juga bagus.

“Dan kami sudah berbincang dengan mereka bahawa jika faktor muatan baik, mungkin dalam dua tahun akan datang, kita akan lihat sama ada mereka boleh meningkatkan kekerapan penerbangan mereka,” katanya kepada media sempena acara Routes Asia 2025 di Perth, Australia.

Kembalinya syarikat penerbangan utama UK itu adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas oleh MAHB untuk menarik lebih ramai ahli Oneworld dari Eropah.

Pada masa ini, KLIA menempatkan Malaysia Airlines, Japan Airlines, dan Cathay Pacific di bawah pakatan Oneworld.

Usaha kini sedang dijalankan untuk membawa masuk Finnair dan Iberia, bersama dengan syarikat penerbangan yang bukan ahli Oneworld dari Jerman, Switzerland, Perancis, dan Itali. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: AmInvest isytihar agihan pendapatan RM133.2 juta untuk 47 dana
Next: Pay & Go Sarawak perluas pasaran ke Singapura, ASEAN menerusi MoA dengan RH Synergy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.