Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Brighton sekat hajat City
  • SUKAN

Brighton sekat hajat City

Utusan Sarawak 3 months ago
RAIKAN JARINGAN…Erling Haaland berjaya meledakkan gol pertama Manchester City.-Foto AFP

LONDON: Manchester City hanya sekadar mencatat keputusan seri seri 2-2 menentang Brighton di Stadium Etihad sebentar tadi sekali gus gagal merapatkan jurang kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

City membawa masuk Stefan Ortega bagi menggantikan Ederson yang kurang sihat manakala The Seagulls pula memilih Joao Pedro untuk mengetuai jentera serangan mereka.

Brighton menyangka mereka mendahului seawal minit kelima menerusi Kaoru Mitoma namun jaringan tersebut dibatalkan kerana pemain Jepun itu menolak bola ke dalam gawang dengan tangannya.

City kemudiannya dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil, Simon Hopper tiga minit selepas itu apabila Omar Marmoush dijatuhkan Adam Webster dalam kotak penalti.

Erling Haaland tenang menewaskan Bart Verbruggen untuk meletakkan The Citizens di hadapan.

Ini juga adalah gol ke-100 Haaland dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk 94 penampilannya.

Tersentak dengan jaringan itu, Brighton bangkit memburu gol penyamaan dan hasilnya sepakan percuma Pervis Estupinan menerjah jaring pada minit ke-20.

The Seagulls berusaha mencari gol tambahan, City kembali di hadapan menerusi Marmoush pada minit ke-38. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Brighton terus memberi tekanan kepada City untuk memburu gol penyamaan.

Bek tengah Uzbekistan, Abdukodir Khusanov menjaringkan gol sendiri pada minit ke-48.

City bernasib baik gawang mereka tidak bocor buat kali ketiga empat minit selepas itu dengan Georginio Rutter gagal menolak bola hantaran Pedro ke dalam gawang tuan rumah.

City terus berusaha mencari jaringan kemenangan tetapi keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan The Citizens dan Brighton masing-masing di tempat kelima dan ketujuh dengan 48 dan 47 mata.-AFP

Continue Reading

Previous: Puas hati prestasi Pearly-Thinaah
Next: Dua penalti bantu PDRM akhiri episod kekalahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.