Bot tunda ditahan, tiada lesen sah dan gagal kibarkan Jalur Gemilang

Facebook
WhatsApp
DITAHAN… Empat kru bot tunda ditahan untuk siasatan lanjut.

MIRI: Gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Domestik yang sah serta tidak mengibarkan Jalur Gemilang ketika beroperasi membawa padah apabila sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri di perairan Lawas, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad, berkata penahanan dibuat kira-kira 1.05 petang di kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika utara Kuala Lawas ketika rondaan Op Permai 01/19 dan Op Tiris 3.0.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tunda berkenaan gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Domestik yang sah dan tidak mengibarkan Jalur Gemilang, yang merupakan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

DITAHAN… Bot tunda ditahan kerana gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Domestik  yang sah serta tidak mengibarkan Jalur Gemilang ketika beroperasi di perairan Lawas, semalam. 

Menurut Mohd Khairol bot itu dikendalikan seorang nakhoda bersama tiga kru termasuk seorang warga Indonesia berumur antara 20 hingga 50 tahun.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, kompaun atau tindakan lain mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau menegaskan Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua vesel mematuhi undang-undang perkapalan serta menjamin keselamatan perairan negara.

Oleh Liong Chai Ling

12 penerima terima bantuan peralatan RM60,000

KOTA SAMARAHAN: Seramai 12 penerima di Bahagian Samarahan menerima bantuan peralatan bernilai keseluruhan RM60,000 menerusi Program Sejahtera MADANI: Peningkatan Pendapatan