Bomba Sibu pantau cepat, kebakaran di bengkel Jalan Sungai Teku berjaya dikawal

Facebook
WhatsApp

PASUKAN BOMBA….Menjalankan operasi memadam kebakaran bahan binaan rumah di bengkel Jalan Sungai Teku, Kampung Bahagia Sibu, malam tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBU: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran melibatkan bahan binaan rumah daripada merebak dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Sungai Teku, Kampung Bahagia, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 10.24 malam.

“Sampai di lokasi, komander operasi BBP Sungai Merah lapor tidak memerlukan bantuan kerana kebakaran hanya melibatkan barangan pembinaan rumah seperti kayu lapis (plywood) dan tidak melibatkan struktur bangunan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba membuat pemadaman secara ofensif dan menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel air dari pili bomba sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya. Operasi tamat pada 11.57 malam,” ujarnya.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis