Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba siasat punca kebakaran, jumlah kerugian dua kenderaan musnah terbakar  
  • KEBAKARAN

Bomba siasat punca kebakaran, jumlah kerugian dua kenderaan musnah terbakar  

Utusan Sarawak 2 months ago
DUA kenderaan yang diparkir di  garaj musnah dalam kebakaran di Jalan Badron 1, Pantai Tanjung Kembang, tengah malam tadi.
Foto PGO JBPM Sarawak

KABONG: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, siasat punca kebakaran dan jumlah kerugian melibatkan dua kenderaan yang musnah terbakar di Jalan Badron 1, Pantai Tanjung Kembang, tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, dua kenderaan itu diparkir di garaj hadapan rumah yang tidak berpenghuni.

“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan kecemasan sekitar 12.44 tengah malam.

“BBP Saratok yang diperkuatkan seramai tujuh orang anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Nasir Drahman dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan itu.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Saratok di lokasi kejadian, mendapati kebakaran melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira Aeroback yang diparkir di garaj hadapan rumah mangsa telah terbakar 100 peratus.

“Dilaporkan semasa kejadian, rumah tersebut tidak berpenghuni,” katanya.

Jurucakap PGO, berkata seramai 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong turut berada di lokasi kejadian bagi melakukan pemadaman awal.

“Kebakaran memusnahkan dua kenderaan dan garaj manakala berlaku kebakaran kecil pada pintu rumah kediaman.

“Operasi pemadaman awal dilakukan oleh anggota PBS Kabong dengan menggunakan dua unit alat pemadam api untuk mengawal kemerebakan api seterusnya membentang satu aliran, satu nozel dan pam angkut dari sumber air terbuka (parit) berhampiran rumah tersebut,” katanya.

PGO menambah, setelah kehadiran pasukan BBP Saratok di lokasi, anggota bomba membentang satu aliran salur bantu mula, satu nozel dan sumber air dari jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya. 

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bengkel di Jalan Sungai Tapang musnah terbakar
Next: Rumah pekerja enam pintu musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.