BINTULU: Sebuah lori treler terbabas dan jatuh ke dalam gaung dalam kemalangan di Jalan Bintulu-Miri, berhampiran Kem Batu 18 di sini, petang semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden malang itu pada jam 5.32 petang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati pemandu lori seorang lelaki berusia 40 tahun dalam keadaan sedar dan tidak tersepit di tempat duduk pemandu.
“Pasukan bomba bertindak menstabilkan mangsa sebelum mengeluarkannya menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.