Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba ronda 35 minit pantau tebingan Sungai Nyelong
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba ronda 35 minit pantau tebingan Sungai Nyelong

Utusan Sarawak 3 months ago

SARIKEI: Dua orang anggota bomba telah menjalankan rondaan pemantauan di tebingan Sungai Nyelong, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pemantauan tersebut dijalankan bermula 10.35 malam. 

“Semasa pemantauan di kawasan ini, didapati paras air masih dalam keadaan terkawal. 

“Hujan renyai-renyai sedang berlaku ketika anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, air sungai juga sedang surut sepanjang pemantauan dijalankan. 

“Rondaan pemantauan di kawasan ini dijalankan dalam tempoh lebih kurang 35 minit, dan selesai sepenuhnya pada 11.10 malam. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM700,000 naik taraf dua jambatan  
Next: Paras air di kawasan tebingan sungai Batang Rajang dalam keadaan terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.