Bomba redah jalan balak sejauh 60km padam kebakaran Menara Telekom di Limbang

Facebook
WhatsApp
KESAN KEMUSNAHAN...Api memusnahkan set janakuasa dan empat buah tong drum berisi minyak diesel di Menara Telekom di Kampung Kuala Mendalam berjaya dipadam sepenuhnya.

LIMBANG: Sebuah Menara Telekom di Kampung Kuala Mendalam, di sini terbakar malam tadi, mencetuskan kebimbangan gangguan komunikasi di kawasan pedalaman.

Menurut Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 8.28 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 60 kilometer dari bandar Limbang.

“Pasukan bomba terpaksa meredah jalan balak selama hampir sejam untuk tiba di lokasi. Setibanya di tempat kejadian, pemantauan segera dilakukan dan didapati berlaku kebakaran melibatkan set janakuasa dan empat tong drum berisi minyak diesel 200 liter setiap satu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 60 meter, satu nozel, dan satu gelen buih berjaya mengawal dan memadam sepenuhnya kebakaran tersebut.

Usaha tersebut berakhir sekitar 10.10 malam selepas pasukan memastikan tiada risiko kebakaran semula atau ancaman keselamatan lain.

Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Adeng Edrus

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis