Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pindahkan bahan kimia di SMK Lawas yang terbakar
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba pindahkan bahan kimia di SMK Lawas yang terbakar

Utusan Sarawak 7 months ago

BERHATI-HATI...anggota BBP Lawas yang pakar dalam bahan kimia melakukan pemeriksaan dan memindahkan bahan kimia ke bilik lain yang lebih selamat di SMK Lawas. 

LAWAS: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menjalankan khidmat khas memindah bahan kimia di SMK Lawas yang terjejas akibat kebakaran bangunan pentadbiran sekolah berkenaan baru-baru ini.

Pasukan khas BBP Lawas mengenakan peralatan dan pakaian khas bagi memeriksa dan kemudian memindahkan bahan kimia ke bilik lain yang lebih selamat hari ini.

Melalui pemeriksaan itu, mendapati terdapat beberapa bahan yang terjejas akibat terkena bahan api yang memusnahkan bangunan bersebelahan dengan bilik makmal sains di situ.

Dua blok yang merangkumi blok pentadbiran, perpustakaan sekolah dan blok gedung ilmu SMK Lawas musnah dalam kebakaran pada awal minggu lalu.

Kebakaran tersebut turut melibatkan kerugian RM1.9 juta dan siasatan awal mendapati kebakaran berpunca masalah elektrikal daripada pendawaian di bangunan sekolah yang telah wujud sejak 1962.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: JKKK perlu kongsi maklumat, sumber peruntukan berkenaan projek GPS kepada masyarakat
Next: APM tangkap kera liar agresif risaukan pemilik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.