
SARIKEI: Dua kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau oleh pihak bomba, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, rondaan pemantauan dijalankan di Jalan Ixora dan Jalan Allamanda.
“Rondaan pemantauan dijalankan pada 10.15 malam hingga 11.00 malam.
“Dua anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan di dua kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, semasa pemantauan, didapati kawasan yang dipantau oleh pihak berada dalam keadaan terkawal.
“Hujan sedang berlaku semasa pihak kami menjalankan rondaan pemantauan.
“Sementara itu, air sedang surut dan paras air dalam keadaan terkawal,” katanya.
Oleh Earl Anek