Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau dua kawasan berisiko banjir di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau dua kawasan berisiko banjir di Sarikei

Utusan Sarawak 7 months ago

PEMANTAUAN....Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di dua kawasan berisiko banjir. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Dua kawasan berisiko banjir di sini dipantau oleh pihak bomba pada petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, dua kawasan yang dipantau adalah Jalan Cempaka dan Jalan Rambai. 

“Dua anggota bomba menjalankan pemantauan di dua kawasan berisiko banjir. 

“Pemantauan ini dijalankan sempena menghadapi monsun timur laut (MTL),” katanya. 

Beliau berkata pemantauan di dua kawasan tersebut mendapati paras air dalam keadaan terkawal. 

“Trend air surut dan cuaca semasa pemantauan adalah baik.  Alhamdulillah, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Jadikan perarakan perahu berhias produk pelancongan baharu Saratok 
Next: Pembangunan semula kampung tradisional Melayu di Sibu kekal di tapak asal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.