Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba pantas padam kebakaran belukar di Jalan Pantai Lutong
  • KEBAKARAN

Bomba pantas padam kebakaran belukar di Jalan Pantai Lutong

Utusan Sarawak 15 hours ago
MARAK… Keadaan kebakaran belukar yang memusnahkan kawasan seluas kira-kira 0.001 hektar di Jalan Pantai Lutong, awal pagi tadi.

MIRI: Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berjaya memadamkan kebakaran belukar di Jalan Pantai Lutong, di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap BBP Lutong dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 6.05 pagi.

Katanya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 6.16 pagi. Komander operasi memaklumkan berlaku kebakaran belukar yang memusnahkan kawasan seluas kira-kira 0.001 hektar.

“Pasukan bertindak pantas dengan menjalankan ukuran kawasan terjejas dan menggunakan hos sepanjang 100 kaki untuk memadam kebakaran.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit.

“Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 6.38 pagi,” katanya.

Sehubungan itu, jelasnya lagi, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau berpotensi mencetuskan kebakaran kepada pihak berkuasa.

Oleh Adum Liu

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Empat keluarga terjejas dalam kebakaran di Kampung Sungai Pegei, Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.