Bomba padam kebakaran rumput di Pusat Latihan Pertanian Batu 11

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA BBP Kidurong menjalankan operasi memadam kebakaran rumput di Pusat Latihan Pertanian Batu 11, Sungai Sebiew, Bintulu. Foto BBP Kidurong

BINTULU: Kebakaran rumput seluas kira-kira 100 kaki x 200 kaki di Pusat Latihan Pertanian Batu 11, Sungai Sebiew berjaya dipadamkan pasukan bomba hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong, Rary Binjie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.14 petang sebelum sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran berlaku di kawasan rumput seperti yang dilaporkan oleh pemanggil.

PASUKAN bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumput di Pusat Latihan Pertanian Batu 11, Sungai Sebiew, hari ini. BBP Kidurong

“Anggota kemudian menggunakan satu aliran air sepanjang 200 kaki bersama satu nozel dan sebuah alat pemukul api bagi memadamkan kebakaran tersebut,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 2.45 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.56 petang selepas pemeriksaan mendapati keadaan di lokasi selamat.

Seramai empat pegawai Jabatan Pertanian turut berada di lokasi ketika operasi dijalankan, manakala tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Oleh Carolyne Utih