Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba guna sekitar 9 minit tangkap ‘tetamu’ tidak diundang  
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba guna sekitar 9 minit tangkap ‘tetamu’ tidak diundang  

Utusan Sarawak 6 months ago
DITANGKAP… Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular sawa di belakang salah sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman.
Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Penghuni salah sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman terperanjat apabila terlihat seekor ular sawa di belakang rumahnya. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 10.33 malam tadi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi PBK II (KUP) Redzuan Hussain bersama dua anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, operasi mengesan dan menangkap ular sawa dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, ular sawa di belakang rumah tersebut berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang sembilan minit. 

Jelasnya, ular sawa ditangkap menggunakan alat penjerut ular dan dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam. 

Khidmat khas menangkap ular, ujarnya, selesai sepenuhnya pada 10.48 malam. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas lumpuh separuh badan terima sumbangan kerusi roda
Next: 55 warga sekolah sertai latihan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.