Bomba Bintangor padam kebakaran belukar di Jalan Narasit

Facebook
WhatsApp
PASUKAN bomba memadam kebakaran belukar menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari tangki jentera. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya memadam kebakaran belukar di tepi Jalan Narasit.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.28 petang semalam.

“Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mijan Pamin bersama tiga orang anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

PASUKAN bomba memadam kebakaran belukar menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari tangki jentera. Foto BBP Bintangor

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kawasan belukar di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

“Operasi pemadaman berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.

“Operasi di lokasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.50 malam,” katanya.

Sehubungan itu, Mahmudin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh mencetuskan kebakaran belukar terutama ketika cuaca panas dan kering.

Oleh Earl Anek

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis