Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba bantu keluarkan mangsa sakit dari hutan bakau di Tanjung Bako
  • Selatan
  • WILAYAH

Bomba bantu keluarkan mangsa sakit dari hutan bakau di Tanjung Bako

Utusan Sarawak 10 hours ago
MANGSA dibawa menaiki bot ke jeti kampung berkenaan sebelum diserahkan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam untuk dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut. Foto: JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang lelaki berjaya dibawa keluar dari kawasan hutan paya bakau di Kampung Tanjung Bako selepas mengalami sakit perut dalam satu operasi khidmat bantuan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.19 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut laporan, seramai tujuh kakitangan Jabatan Ukur Tanah memasuki kawasan hutan paya bakau berkenaan bagi menjalankan tugas sebelum salah seorang daripada mereka mengalami sakit perut dan keletihan sehingga tidak mampu keluar sendiri.

Pasukan bomba yang tiba di jeti Kampung Tanjung Bako pada 2.41 petang kemudian bergerak ke lokasi mangsa sebelum berjaya membawanya keluar ke tebing sungai.

Mangsa seterusnya dibawa menaiki bot ke jeti kampung berkenaan sebelum diserahkan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam untuk dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada 3.20 petang dan tamat pada 3.40 petang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Seramai lapan anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan satu jentera FRT, diketuai Komander Operasi, Syamsyul Mustapha.

Turut berada di lokasi ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membantu kelancaran operasi.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Murid 12 tahun hilang selepas larikan diri dari sekolah
Next: Sarawak fokus institusi keluarga tingkat kesejahteraan sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.