Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba ambil masa lebih sejam padam kebakaran dua kapal tunda
  • KEBAKARAN

Bomba ambil masa lebih sejam padam kebakaran dua kapal tunda

Utusan Sarawak 4 months ago

API MARAK....Dua kapal tunda terbakar di tebingan sungai berdekatan dengan pelabuhan LKIM Tanjung Manis. Foto PGO Bomba Sarawak 

TANJUNG MANIS: Dua kapal tunda terbiar di tebingan sungai berdekatan pelabuhan LKIM Tanjung Manis mengalami kebakaran malam tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.02 tengah malam. 

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis diketuai komander operasi Adam Gauk bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, didapati dua kapal tunda terbiar sedang terbakar. 

“Semasa kejadian berlaku, keadaan air sungai surut, tiada akses serta tanah belumpur dan becak menyukarkan pergerakan anggota ke lokasi kebakaran kapal tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Beliau berkata komander operasi mengarahkan anggota bomba membuka pagar dawai untuk akses ke lokasi kejadian. 

“Seterusnya komander operasi membuat pemeriksaan dan mengarahkan anggota bomba membentang satu aliran hos seribu kaki satu nozel, air dari pili bomba, pam jentera melalui pagar kawasan LKIM dan meredah tanah lumpur yang becak untuk naik ke atas dek kapal tersebut. 

“Operasi pemadaman dilakukan dari bahagian luar kapal tersebut dengan menggunakan teknik defensif sehingga api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya,” katanya. 

Katanya, kebakaran tersebut mengakibatkan sebuah kapal tunda musnah 80 peratus dan sebuah lagi, lima peratus. 

“Operasi memadam kebakaran kapal tunda selesai dalam tempoh lebih kurang satu jam 38 minit dan ditamatkan sepenuhnya pada 1.47 pagi,” katanya lagi. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang asrama pekerja hangus   
Next: Pacuan empat roda terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.