Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bob Yusof juara konsert minggu ke-7 GV9
  • HIBURAN

Bob Yusof juara konsert minggu ke-7 GV9

Utusan Sarawak 3 years ago

Persembahan terbaik Bob Yusof menerusi lagu Kasih.

Mendendangkan lagu Kasih yang dipopularkan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad menyaksikan Bob Yusof berada di kedudukan pertama dengan markah 85.60 peratus.

Konsert minggu ke-7 Gegar Vaganza 9 (GV9) buat pertama kalinya Bob berjaya melakar kejayaan peribadi setelah berusaha memberikan persembahan yang terbaik di hadapan juri penilai, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datin Marlia Musa.

Pada minggu kedua konsert GV9, Bob berjaya berada di kedudukan ketujuh dengan memperolehi markah 64.50 peratus menerusi lagu Kepulangan yang dipopularkan oleh Razis Ismail.

Pada minggu ketiga konsert GV9, Bob berjaya berada di kedudukan kedua dengan markah 77.30 peratus menerusi lagu Zalika. Pada minggu keempat konsert GV9, Bob sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan dengan berada di tangga kedua dengan perolehan markah 80.20 peratus menerusi lagu Sumayyah yang dipopularkan oleh Raihan.

Bagaimanapun pada konsert kelima, Bob berada di kedudukan keempat menerusi lagu duet Ombak Rindu bersama Zizi Kirana dengan memperoleh markah 81.40 peratus.

Konsert keenam pula, Bob masih lagi berada di kedudukan keempat dengan markah 76.40 menerusi lagu Kurik Kundi. Menerusi keputusan yang agak baik diraih oleh Bob sepanjang GV9, nasib Bob ditentukan oleh dirinya sendiri untuk terus mara tanpa tersingkir.

Konsert GV9 berbaki empat minggu lagi untuk melangkah ke final GV9, mampukan penyanyi kelahiran Limbang ini meraih gelaran Juara GV9?

Continue Reading

Previous: Suili, Mady ke pusingan separuh akhir konsert Getaran Jiwa
Next: Santiana, Ameem berjaya ke final Getaran Jiwa 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.