Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • BN yakin menang di semua PDM
  • NASIONAL

BN yakin menang di semua PDM

Utusan Sarawak 5 years ago

TANJUNG MALIM, 21 Ogos -- Peniaga, Iman Muhammad Danish, 35, (kanan) melayan pelanggan yang datang di gerai tanjaknya ketika tinjauan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di sekitar Pekan Slim hari ini. Tanjak di gerai itu dijual pada harga RM20 untuk jenis cotton dan RM30 untuk songket. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENIAGA, Iman Muhammad Danish, 35, (kanan) melayan pelanggan yang datang di gerai tanjaknya ketika tinjauan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di sekitar Pekan Slim semalam. Tanjak di gerai itu dijual pada harga RM20 untuk jenis cotton dan RM30 untuk songket. • Foto BERNAMA

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional  (BN)  Mohd Zaidi Aziz yakin  BN akan menang di semua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Pilihan  Raya  Kecil (PRK) Slim termasuk enam PDM yang parti itu kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan faktor kerja berpasukan antara BN dan PAS di bawah semangat kerjasama Muafakat Nasional (MN) serta parti komponen lain dalam BN juga bekerja keras untuk meraih undi untuk gabungan itu. 

“Kita minta supaya MCA, MIC letakkan sasaran tertentu undi dan kalau kita berjaya dapatkan undi-undi itu, insya-Allah kesemua enam  PDM ini kita  akan menang,” katanya kepada pemberita selepas sesi  perjumpaan  bersama pengundi di  Pekan Slim, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden  UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Enam PDM yang BN tewas pada PRU-14 adalah Kampung Kuala Slim, Pekan Slim, Sungai Slim Utara, Pekan Lama, Ladang Kelapa Bali dan Ladang Sungkai.

PRK DUN Slim akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Zaidi Aziz, 43;  dan dua calon Bebas iaitu  S. Santhasekaran, 44;  dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38;  mewakili Parti Pejuang Tanah Air yang dalam proses didaftarkan.

Sebanyak  23,094 pengundi  layak mengundi  pada PRK Slim,  29 Ogos ini.

Kerusi  DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai. – Bernama

Continue Reading

Previous: PPM rampas 456 botol minuman keras
Next: PAS terima surat kesediaan Bersatu sertai MN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.