Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BMW disita dalam Ops Aidiladha, Gawai 2026 di Kuching
  • TEMPATAN

BMW disita dalam Ops Aidiladha, Gawai 2026 di Kuching

Utusan Sarawak 15 hours ago
DISITA… Kenderaan jenis BMW 420i Coupe disita oleh JPJ Sarawak selepas didapati menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans yang telah tamat tempoh dalam operasi di Jalan Tun Jugah, Kuching, semalam. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Kenderaan mewah jenis BMW 420i Coupe disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak selepas didapati dipandu di jalan raya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans yang telah tamat tempoh.

Kenderaan tersebut ditahan untuk pemeriksaan semasa aktiviti pemantauan dan rondaan yang dijalankan oleh Unit Operasi JPJ Kuching di sekitar Jalan Tun Jugah, semalam sempena pelaksanaan Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) dan Hari Gawai 2026.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan berkenaan tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans yang masih sah.

Susulan kesalahan yang dikesan, tindakan sitaan telah diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut JPJ Sarawak, tindakan tersebut sejajar dengan komitmen jabatan dalam memastikan setiap kenderaan yang digunakan di jalan raya mematuhi syarat-syarat perundangan serta aspek keselamatan yang ditetapkan.

JPJ Sarawak akan terus mempergiat aktiviti rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh negeri, khususnya di kawasan berisiko tinggi dan lokasi yang kerap berlaku kemalangan.

Langkah itu bertujuan meningkatkan tahap pematuhan pengguna jalan raya serta menjamin keselamatan semua pihak sepanjang musim perayaan.

Orang ramai turut diingatkan agar sentiasa memastikan LKM, perlindungan insurans dan dokumen berkaitan berada dalam tempoh sah sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hari Gawai perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak
Next: Hanya di Sarawak, Gawai diraikan dalam suasana pelbagai kaum 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.