Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Blue Ghost, binaan angkasa lepas AS mendarat di Bulan
  • GLOBAL

Blue Ghost, binaan angkasa lepas AS mendarat di Bulan

Utusan Sarawak 2 months ago

WASHINGTON: Sebuah syarikat angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) telah berjaya mendaratkan kenderaan qamari di Bulan, menjadikannya organisasi swasta kedua yang mencapai kejayaan itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Siaran langsung menunjukkan pendaratan Blue Ghost, yang dibina oleh Firefly Aerospace, di Bulan pada Ahad.

Kenderaan itu dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida, pada Januari menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX, syarikat yang diasaskan oleh jutawan teknologi Elon Musk.

Blue Ghost mendarat di Mare Crisium, sebuah dataran rendah berdiameter kira-kira 500 kilometer.

Berketinggian sekitar dua meter dan lebar tiga meter, Blue Ghost akan menjalankan eksperimen selama dua minggu menggunakan beberapa instrumen saintifik.

Kenderaan itu dijadualkan menggerudi permukaan Bulan untuk mengambil sampel serta merakam gambar matahari terbenam di lokasi pendaratannya.

Misi ini bertujuan mengumpul data mengenai bagaimana batuan longgar di Bulan bertindak balas terhadap pengaruh matahari ketika senja.- BERNAMA.

Continue Reading

Previous: Seorang maut, tiga cedera banjir kilat di Ecuador
Next: Gabenor South Caroline isytihar darurat susulan kebakaran hutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.