Blok rumah terbakar, 25 penduduk hilang tempat tinggal

Facebook
WhatsApp
MUSNAH…Blok rumah pekerja didiami 25 penghuni di Carlton Villa, Jalan Desa Senadin, di Miri musnah dalam kebakaran petang tadi. Foto BBP Lutong

MIRI: Blok rumah pekerja didiami 25 penghuni  di Carlton Villa, Jalan Desa Senadin musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu 2.55 petang dengan menggerakkan enam anggota BBP Lutong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati  kebakaran melibatkan satu blok rumah pekerja jenis tidak kekal yang mempunyai lapan pintu telah terbakar 100 peratus,” katanya di sini.

MUSNAH…Blok rumah pekerja didiami 25 penghuni di Carlton Villa, Jalan Desa Senadin, di Miri musnah dalam kebakaran petang tadi. Foto BBP Lutong

Beliau berkata, pihak bomba bertindak membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan pam jentera dan sumber air dari tangki jentera.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya 4.44 petang.

Oleh Liong Chai Ling

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis