Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Biskut bercorak Tahun Baharu Cina
  • STAIL

Biskut bercorak Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 3 years ago
BISKUT bentuk harimau sempena Tahun Harimau.

Setiap kali tiba musim perayaan, pasti  meriah dengan pelbagai jenis biskut  yang  sangat  menyelerakan dan unik.

Selain  biskut tradisional seperti makmur, putu  kacang dan sepit sentiasa menjadi pilihan,  kini di pasaran terdapat pelbagai jenis biskut yang diolah menjadi lebih menarik dan moden.

Zaman sekarang pelbagai corak biskut fancy dan moden ditawarkan  mengikut cita rasa masyarakat kini.

Seorang penjual biskut,  Yong Siew Ling, berkata, zaman sekarang ada pelbagai jenis biskut raya dan nama dijual bagi menarik pelanggan.

Katanya,  walaupun biskut tradisional masih mendapat permintaan, biskut fancy dan moden turut
mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelang musim perayaan.

“Sekarang ini, ramai yang lebih tertarik  dengan biskut fancy yang pelbagai warna dan rupa.

“Jadi,  saya juga tidak melepaskan peluang menjual biskut fancy bertemakan Tahun Baharu Cina seperti tanglung dan bentuk  harimau sempena tahun harimau tahun ini,” “katanya.

Menurutnya,  kebanyakannya biskut fancy ini dijadikan  cenderahati.

Katanya,  biskut fancy  tersebut diborong dari  kenalan sebelum dijualnya sendiri  pada  harga sekitar  RM29.

Selain menjual biskut  fancy,  Siew Ling turut menjual pelbagai biskut  moden dan tradisional seperti biskut ulat bulu, tart nanas dan semperit.

“Setiap kali musim perayaan,  saya memang tidak melepaskan peluang menjual biskut kerana minat berniaga dan ini  juga adalah sebagai pendapatan sampingan,” ujarnya.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Enaknya sayur tumis Harum Sundal Malam
Next: MDB julang visi Greater Bau For All

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.