Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bintulu, Miri catat jumlah mangsa banjir tertinggi
  • SEMASA

Bintulu, Miri catat jumlah mangsa banjir tertinggi

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Seramai 5,384 mangsa banjir masih ditempatkan di 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh bahagian negeri ini, dengan Bintulu dan Miri mencatat jumlah mangsa tertinggi.

Menurut laporan terkini, bahagian Bintulu merekodkan 1,864 mangsa daripada 546 keluarga yang masih berlindung di enam PPS yang masih aktif. Sementara itu, Miri melaporkan 1,184 mangsa daripada 298 keluarga di lapan PPS.

Di Sibu, enam PPS masih beroperasi bagi menampung 1,142 mangsa daripada 378 keluarga yang terjejas akibat banjir. Manakala Mukah mencatatkan 528 mangsa daripada 183 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Di Serian, satu PPS masih aktif dengan 507 mangsa daripada 155 keluarga.

Sementara itu, Samarahan mempunyai tiga PPS aktif dengan 149 mangsa daripada 56 keluarga, manakala Sarikei pula masih mengekalkan satu PPS yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gelombang kedua banjir landa Bintulu – Bomba
Next: Toh Puan terima taklimat misi bantuan banjir untuk penduduk di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.