Bintang muda golf Australia Jessica Bang meninggal dunia pada usia 18 tahun

Facebook
WhatsApp
BINTANG muda golf Australia, Jessica Bang, meninggal dunia pada usia 18 tahun selepas mengalami pendarahan otak ketika berada di Thailand.

BERLIN: Bintang muda golf Australia Jessica Bang meninggal dunia pada usia 18 tahun selepas mengalami pendarahan otak, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Persatuan Pemain Golf Profesional Wanita (WPGA) mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“WPGA Tour of Australasia dan komuniti golf Australia amat berdukacita atas pemergian anggota jelajah muda Jessica Bang di Thailand.

“Jessica merupakan bakat muda luar biasa yang memberi impak besar dalam tempoh singkat beliau menyertai jelajah berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Bang, yang memenangi kejohanan profesional pertamanya dalam penampilan kelima awal tahun ini, sedang membuat persiapan untuk menyertai satu kejohanan di Thailand pada 1 Ogos apabila beliau tiba-tiba rebah.

Beliau kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di Bangkok dan menjalani pembedahan otak.

Beliau dirawat hampir dua minggu di unit rawatan rapi sebelum meninggal dunia pada Khamis.- Bernama-dpa

12 penerima terima bantuan peralatan RM60,000

KOTA SAMARAHAN: Seramai 12 penerima di Bahagian Samarahan menerima bantuan peralatan bernilai keseluruhan RM60,000 menerusi Program Sejahtera MADANI: Peningkatan Pendapatan