Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh: Bina tembok penahan halang kejadian berulang
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah runtuh: Bina tembok penahan halang kejadian berulang

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTULU: Penduduk Taman Perumahan Belle Hill menzahirkan kebimbangan apabila kejadian tanah runtuh di kawasan itu berulang, menyebabkan retakan pada dinding rumah semakin membesar dan mengancam keselamatan mereka.

Susulan kebimbangan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming turun ke lokasi hari ini bersama wakil pemaju, pegawai Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah Bintulu bagi menilai keadaan serta mencari penyelesaian segera.

“Kejadian ini semakin membimbangkan kerana retakan pada dinding rumah semakin teruk, dan menjejaskan keselamatan penduduk. 

“Saya telah meminta pihak berkenaan untuk segera membuat penilaian menyeluruh dan mengambil langkah drastik bagi mengelakkan risiko lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pemaju kini sedang giat membina tembok penahan bagi menghalang kejadian berulang.

“Saya akan terus memantau perkembangan ini dan memastikan keselamatan penduduk sentiasa diutamakan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ periksa 113 kenderaan dalam ops harian
Next: Tiong: Tangani segera kejadian tanah runtuh di Taman Belle Hill

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.