Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bilun Borneo Sdn Bhd, berpangkalan di Sarawak umum pengambilalihan 100 peratus Trenergy Infrastructure Sdn. Bhd.
  • BISNES

Bilun Borneo Sdn Bhd, berpangkalan di Sarawak umum pengambilalihan 100 peratus Trenergy Infrastructure Sdn. Bhd.

Utusan Sarawak 1 year ago
JENERAL Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang
  • Pengambilalihan strategik ini akan meningkatkan keupayaan Bilun Borneo Sdn. Bhd. dalam industri pembinaan pencawang talian penghantaran elektrik, menara telekomunikasi dan infrastruktur ke tahap lebih kompetitif.

KUALA LUMPUR: Bilun Borneo Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang berdaftar di Kuching, Sarawak, telah memuktamadkan pembelian syarikat Trenergy Infrastructure Sdn. Bhd. berkuat kuasa 17Oktober lalu.

Pengambilalihan tersebut berfungsi sebagai rancangan masa depan yang juga meningkatkan portfolio syarikat, sekali gus memperluaskan keupayaan dalam industri pembinaan talian penghantaran elektrik, menara telekomunikasi dan infrastruktur.

Dengan pengambilalihan tersebut juga, Trenergy Infrastructure Sdn. Bhd. akan lebih mampu berdaya saing untuk menjalankan projek yang lebih kompleks dan bernilai tinggi.

Dengan pemilikan 100 peratus Bilun Borneo Sdn. Bhd., Trenergy Infrastructure Sdn. Bhd. tidak lagi berada di bawah syarikat Sarawak Cable Berhad.

Trenergy Infrastructure Sdn. Bhd. diterajui oleh Pengerusi baru dilantik, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang TUDM (bersara) yang juga merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak.

Sebagai bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, beliau berpengalaman luas dalam perancangan dan penyeliaan projek-projek nasional yang berprestij dan mewujudkan legasi yang kukuh sepanjang perkhidmatan beliau bersama Angkatan Tentera Malaysia.

Mengenai Trenergy

Trenergy Infrastructure Sdn. Bhd. (TISB), adalah antara syarikat pembinaan talian penghantaran elektrik terbesar di Malaysia ditubuhkan pada 1996.

TISB bermatlamat untuk memberikan khidmat terbaik untuk meningkatkan kualiti kejuruteraan talian penghantaran elektrik, menara telekomunikasi, infrastruktur dan pembangunan hartanah.

Aktiviti utama syarikat ialah Pembinaan Talian Penghantaran Elektrik, Menara Telekomunikasi, Pembangunan Hartanah dan Pembinaan Infrastruktur, menyediakan perkhidmatan yang membolehkan pembinaan dibuat dengan lebih kos efektif termasuk utiliti kuasa, pengeluaran kuasa, telekomunikasi, kejuruteraan awam dan teknologi infrastruktur.

Sehingga kini, TISB telah menyelesaikan kerja-kerja bernilai lebih RM1 bilion berkaitan talian penghantaran elektrik dan projek infrastruktur. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Next: Perkembangan luaran positif sokong ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.