Bilik sauna hotel terkemuka terbakar

Facebook
WhatsApp
PADAM… Pasukan bomba memadamkan kebakaran bilik sauna di sebuah hotel terkemuka di Miri. Foto Bomba Miri

MIRI: Bilik sauna di sebuah hotel terkemuka terbakar di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 6.41 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentral Miri digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak enam kilometer dari balai.

ROSAK… Keadaan bilik sauna yang musnah terbakar. Foto Bomba Miri

“Setiba Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati asap tebal di ruang gymnasium.

“Maklumat awal diterima, kebakaran bermula daripada bilik sauna dan dua pekerja hotel telah membuat pemadaman dengan menggunakan dua unit alat pemadam api.

“Selain itu sistem sprinkler berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PKO membuat pemeriksaan bagi mengesan punca api di bilik sauna seterusnya membuat pemadaman sehingga bara api padam sepenuhnya.

Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu. Operasi itu tamat sepenuhnya pada 8.00 malam.
Oleh Liong Chai Ling

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis