Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Beruang serang empat individu lolos dari kilang di Fukushima
  • GLOBAL

Beruang serang empat individu lolos dari kilang di Fukushima

Utusan Sarawak 5 hours ago
BERUANG yang mencetuskan serangan ke atas empat individu di Fukushima dilaporkan melarikan diri dari kilang ketika operasi pemburuan kecemasan sedang dirancang. Foto: AGENSI

FUKUSHIMA: Seekor beruang yang bersembunyi di dalam sebuah kilang syarikat elektronik di Fukushima selepas menyerang empat individu, berjaya meloloskan diri dipercayai dengan membuka sendiri selak tingkap, lapor Kyodo News memetik pegawai bandar raya semalam.

Beruang itu dipercayai melarikan diri pada malam Rabu ketika pihak berkuasa sedang bersiap sedia melaksanakan langkah pemburuan kecemasan, termasuk membenarkan penggunaan senjata api oleh pihak perbandaran.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit diminta terus berwaspada.

Menurut pegawai bandar raya, seorang anggota polis yang memantau kawasan kilang melihat beruang itu memanjat pagar kira-kira 10.50 malam Rabu.

Pemeriksaan di kilang Oki Sympho-Tech Co. menemukan koyakan pada jaring tingkap serta beberapa kesan lain, menunjukkan haiwan itu mungkin keluar melalui tingkap selepas membuka penguncinya dan menolak tingkap berkenaan.

“Kami turut melihat beruang itu meletakkan kedua-dua kaki hadapannya pada paip air untuk minum. Kami percaya haiwan itu sangat bijak,” kata Datuk Bandar Fukushima Yuki Baba pada sidang media.

Pihak bandar raya sebelum itu memasang empat perangkap di kilang berkenaan dan membenarkan penggunaan senapang pelali kerana terdapat bahan mudah terbakar di lokasi itu.

Beruang itu ditembak dengan anak panah pelali, namun pemeriksaan kemudian mendapati bahan pelali tidak berjaya masuk ke dalam badannya.

“Bukan kerana kami mengabaikan usaha menangani situasi itu, tetapi kami tetap kesal dengan kejadian beruang itu meloloskan diri,” kata Baba.

Operasi menjejaki haiwan itu menggunakan dron bermula semalam, manakala sekolah rendah dan menengah rendah berhampiran beralih kepada pembelajaran dalam talian.

Pelajar dijadualkan kembali mengikuti kelas secara bersemuka hari ini.

Menurut pihak berkuasa, beruang itu memasuki premis pengeluar komponen Fukushima Steel Works Co. di kawasan Sasakino kira-kira 6.30 pagi Selasa dan menyerang dua pekerja.

Haiwan itu kemudian menyerang seorang individu di sebuah kediaman berhampiran sebelum menyerang seorang lagi di Oki Sympho-Tech.

Secara keseluruhan, empat lelaki dan wanita berusia antara 20-an hingga 80-an cedera dalam serangan itu, termasuk mengalami patah tulang muka, namun tiada kecederaan yang mengancam nyawa. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gelombang haba landa Bangladesh, empat kematian dilaporkan
Next: Australia rampas 100,000 ekor lipas dalam serbuan penternakan haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.