Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bersabar hadapi cabaran
  • TEMPATAN

Bersabar hadapi cabaran

Utusan Sarawak 5 years ago

LIMBANG: Pasukan anggota polis terpaksa berhadapan dengan cabaran yang lebih sukar lagi ketika menjalankan tugas khususnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bulan Ramadan dari segi emosi, mental dan fizikal.

Sehubungan itu, satu penambahbaikan jadual  dari segi penugasan membabitkan penempatan anggota yang beragama Islam untuk bertugas pada sebelah malam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berharap para anggota agar menjalankan tugas pada tahap  profesionalisme tinggi dan banyak bersabar menghadapi dugaan ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada penyerahan sumbangan barang makanan kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang Jumaat lalu.

Turut sama Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Limbang ASP Lee Kim Seng dan  Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Daerah  Limbang, ASP Khairul Ridzuan Ahmad.

Seterusnya Abang Zainal memberitahu, pihaknya  mengambil berat  kepada kebajikan atau  kesihatan  khususnya anggota beragama  Islam yang menjalani ibadah puasa ketika bertugas.

Oleh itu, beliau menyeru agar anggota masyarakat dapat terus memberikan kerjasama kepada anggota keselamatan yang bertugas pada waktu ini.

Menyentuh mengenai sumbangan yang diterima,  beliau memberitahu kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan dan kesukaran anggota polis ketika bertugas sempena PKP fasa satu yang dilanjutkan sehingga fasa tiga.

Malah beliau bersyukur  kerana  kerajaan meluluskan  permohonan untuk mengagihkan barang makanan kepada anggota polis di Daerah Limbang.

Pengagihan barang makanan itu katanya antara inisiatif kerajaan membantu dan meringankan beban tanggungan anggota polis yang bertugas  menempuh kesukaran semasa PKP.

Seramai 94 orang anggota menerima sumbangan berupa barang makanan itu semalam. Keprihatinan pemimpin Sarawak turut dihargai dan disanjung tinggi oleh semua anggota polis yang bertugas menguatkuasakan arahan PKP di daerah ini.

Continue Reading

Previous: Mustahil ramal daerah hijau
Next: Samling derma peralatan kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.