Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Beri sinar baharu kepada pengusaha
  • BISNES

Beri sinar baharu kepada pengusaha

Utusan Sarawak 5 years ago
ALEX Ting

SIBU: Keputusan Kerajaan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan salon dan kedai gunting rambut beroperasi semula mulai 9 Jun ini telah memberikan sinar kelegaan kepada para pengusaha dalam industri tersebut.

Pengerusi Persatuan Salun Rambut Sibu, Alex Ting berkata, beliau akan memastikan semua ahli persatuan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan semasa menjalankan operasi mereka.

“Keputusan kerajaan adalah berita gembira buat kami selepas diarah tutup sementara berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu,” jelasnya.

Katanya, walaupun hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan, namun ia sudah memadai buat mereka.

“Apa yang penting, kerajaan telah memberikan lampu hijau untuk membenarkan perniagaan kita beroperasi semula,” ujarnya.

JPBN Sarawak, baru-baru ini memutuskan untuk membenarkan semua kedai gunting rambut di dan salun rambut di Sarawak membuka semula beroperasi mulai Selasa.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan membuka semula operasi.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Bawa transformasi dalam pasaran kerja
Next: BernamaTerima 25,000 permohonan CBRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.