
KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, May 18 -- The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah arrives at the Parliament Building to officiate the Third Session of the 14th Parliament today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

tiba bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen
ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. — Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kerajaan terus menggiatkan usaha dan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara negeri dan wilayah.
Usaha berkenaan merangkumi peningkatan mobiliti rakyat dengan menambah baik rangkaian dan infrastruktur asas serta sistem pengangkutan.
Seri Paduka bertitah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merapatkan jurang pembangunan di Sabah dan Sarawak, kerajaan mengambil langkah menerusi pelaksanaan projek infrastruktur kritikal di kedua-dua negeri berkenaan.
“Beta berharap rakyat di Sabah dan Sarawak akan dapat menikmati jaringan perhubungan dan kemudahan yang berkualiti dan lebih baik,” titah Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.
Selain pembangunan infrastruktur di kedua-kedua negeri itu, Seri Paduka bertitah kerajaan perlu turut memberi perhatian terhadap kawasan pedalaman di Semenanjung terutamanya di penempatan masyarakat Orang Asli.
Merujuk data terkini yang menunjukkan lebih dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di bandar, Al-Sultan Abdullah bertitah kesejahteraan masyarakat khususnya golongan B40 dan M40 serta belia di bandar perlu dipertingkatkan meliputi usaha pemilikan rumah menerusi dasar perumahan mampu milik dan skim sewa milik.
“Sebagai kerajaan yang prihatin, kos sara hidup rakyat akan terus ditangani dengan sebaik mungkin,” titah Seri Paduka.
Menyentuh tentang iltizam kerajaan untuk meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan yang saksama kepada rakyat, Seri Paduka bertitah perkhidmatan kesihatan akan diperkasa dengan menjurus kepada pencegahan dan perawatan secara holistik kepada masyarakat luar bandar, Orang Asli serta peribumi di Sabah dan Sarawak.– BERNAMA