Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beri kemudahan kepada penduduk kampung
  • TEMPATAN

Beri kemudahan kepada penduduk kampung

Utusan Sarawak 5 years ago
SAKSI PENYERAHAN… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (tengah) menyaksikan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perkhidmatan Infrastruktur, Mohamad Faisal Adenan (dua, kanan) menyerahkan surat penyerahan kepada Ketua Kaum Kampung Malaysia Jaya, Marzuki Hamda (dua, kiri) sambil disaksikan oleh ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Malaysia Jaya, di Kuching semalam.

KUCHING: Penduduk kampung Malaysia Jaya kini menarik nafas lega selepas penantian menunggu projek menaik taraf Dewan Serbaguna dan penambahan lampu jalan kampung kini menjadi kenyataan.

Projek dibawah Transformasi Luar Bandar (RTP) telah siap sepenuhnya pada 2 Disember 2019 yang mengambil masa lebih kurang 120 hari bermula pada 19 Ogos 2019 tahun lepas.

Ketua Kaum Kampung Malaysia Jaya, Marzuki Hamda berkata, dengan siapnya projek menaik taraf dewan sebaguna ini, sudah pasti ia dapat memberikan kemudahan kepada penduduk kampung.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah menaik taraf dewan serbaguna serta membuat penambahan lampu jalan di kampung kami. Jika dibandingkan sebelum ini dewan ini tidak mempunyai kemudahan seperti yang ada sekarang,” katanya.

“Dengan adanya dewan ini pelbagai aktiviti sukan dan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan keadaan selesa.

Manakala Patima Jas, 70, berkata, penambahan lampu jalan kampung menjadikan jalan di kampung lebih terang dan selamat digunakan terutamanya pada waktu malam.

“Kini jalan kampung mula diterangi dengan lampu jalan. Dengan adanya penambahan lampu jalan ini ia dapat meningkatkan tahap keselamatan penduduk kampung di sini terutamanya ketika menggunakan jalan pada waktu malam.

Dalam pada itu, Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berharap penduduk kampung akan lebih selesa dan dapat memanfaatkan kemudahan yang sedia ada dengan sebaiknya.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Jalan raya tingkat sosioekonomi rakyat
Next: Kemasukan pesawat ke Sarawak membimbangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.