Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bergson ‘mengganas’, JDT belasah Kelantan 9-0
  • SUKAN

Bergson ‘mengganas’, JDT belasah Kelantan 9-0

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PENYERANG JDT, Bergson Gustavo Silveira Da Silva (tengah) meraikan gol pasukan ketika menentang KDN FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor malam ini. – Foto Bernama

ISKANDAR PUTERI: Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengganas dengan lima jaringan untuk membantu Harimau Selatan membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 9-0 dalam aksi Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam ini.

Penyerang berbisa itu membuka tirai jaringan seawal minit kelapan selepas menyambar hantaran Park Junheong sebelum menambah gol kedua pada minit ke-20 hasil sepakan penjuru Nazmi Faiz Mansor.

Bergson terus menghukum barisan pertahanan longlai pelawat apabila menyumbat dua lagi gol pada minit ke-25 dan 27, masing-masing hasil rembatan kaki kiri dan kesilapan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.

Dia melengkapkan lima gol peribadi dengan jaringan kelima perlawanan pada minit ke-36, menjadikan kedudukan 5-0 menjelang rehat.

AKSI pemain-pemain JDT semasa menentang KDN FC pada aksi Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor malam ini. Foto Bernama

Bersambung babak kedua, giliran Romel Morales menambah derita Kijang Emas menerusi dua jaringan pantas pada minit ke-54 dan 57 sebelum Shahrul Mohd Saad meledak gol kelapan JDT pada minit ke-62.

Safiq Rahim melengkapkan malam gemilang skuad bimbingan Esteban Solari itu dengan gol kesembilan pada minit ke-84.

Kemenangan itu mengekalkan JDT, selaku juara liga musim ini, dengan rekod bersih selepas 23 perlawanan apabila mengumpul 67 mata manakala KDN FC terus bergelut di dasar kedudukan dengan tujuh mata selepas 22 perlawanan. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Olimpik LA 2028 tambah 22 acara pingat
Next: BAC 2025: Soon Huat–Shevon dikejutkan di suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.