Bengkel motosikal terbakar 70 peratus di Miri

Facebook
WhatsApp
PADAM… Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah bengkel di
Jalan Duranta Miri, petang tadi. -Foto PGO

MIRI: Sebuah bengkel motosikal tiga tingkat di Jalan Duranta terbakar 70 peratus, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.50 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Miri digerakkan ke lokasi yang terletak tiga kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal tiga tingkat yang terbakar 70 peratus.

“Kebakaran berlaku di tingkat satu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan setakat ini.

Justeru, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis