Bengkel mengecat musnah terbakar, seorang lelaki cedera ringan

Facebook
WhatsApp
MUSNAH…Keadaan sebuah bengkel mengecat kenderaan musnah dalam kebakaran di di Jalan Pujut 1A di Miri, malam tadi. Foto JBPM Zon Miri

MIRI: Sebuah bengkel mengecat kereta musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Pujut 1A di sini malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 7.17 malam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Miri digerakkan ke lokasi.

“Komander operasi maklum kebakaran melibatkan bengkel mengecat kereta yang berdekatan dengan rumah dan telah dipadamkan oleh pemilik bengkel tersebut menggunakan dua unit alat pemadam api jenis serbuk kering dan air paip domestik sebelum ketibaan pihak bomba.

“Dalam kejadian itu, seorang  lelaki telah mengalami kecederaan pada jari kaki kiri akibat terpijak paku,” katanya.

Katanya, pasukan bomba bertindak  membuat pemantauan di lokasi kejadian dan melakukan rawatan awal kepada mangsa cedera sebelum menghantarnya ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Oleh Liong Chai Ling

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis