Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bengkel manfaatkan usahawan tempatan
  • BISNES

Bengkel manfaatkan usahawan tempatan

Utusan Sarawak 3 years ago

TERIMA KASIH… Zaidell Husaini menyampaikan cenderamata kepada wakil rakyat Royston Valentine.

MUKAH: Kerjasama pelbagai pihak dalam memperkasakan usahawan tempatan akan terus mendapat tempat dan galakan.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, pihaknya sentiasa  mengalu-alukan kolaborasi seperti itu.

“Kita  berharap  di masa akan datang dapat bekerjasama  dengan pihak Craun dalam menganjurkan pelbagai lagi program untuk membantu usahawan kita. Saya difahamkan bahawa peserta telah diajar untuk penghasilan foto dan video untuk membantu usahawan  dan ia boleh membantu mereka dalam memperkembangkan lagi produk tempatan yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Bengkel Pemerkasaan Usahawan(BPU) anjuran Craun Research Sdn. Bhd baru-baru ini.


Justeru Royston berharap dengan pelbagai kaedah seperti penggunaan pelbagai platform media juga membantu dalam meningkatkan pendapatan usahawan di Mukah ini.

“Syabas dan tahniah kepada Craun Research atas penganjuran bengkel  yang telah berlangsung selama dua hari ini,” ujar Royston lagi.

Bengkel  yang disetai seramai 40 usahawan dari sekitar Bahagian Mukah berkenaan telah dikendalikan oleh fasilitator dari Syarikat FRD.

Pada hari pertama bengkel telah mendedahkan para peserta dengan kaedah penghasilan foto dan poster dengan efisien, manakala hari seterusnya adalah kaedah penghasilan video pemasaran kreatif  melalu media sosial (TikTok).

Adalah difahamkan bahawa BPU adalah salah satu aktiviti utama Program Sagopreneur, satu program pembangunan usahawan anjuran CRAUN  yang berobjektif untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Craun Research Sdn. Bhd , Zaidell  Husaini.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Khazanah Nasional sedia laksanakan perancangan strategik
Next: TAI sasar Malaysia sebagai pangkalan Asia Pasifik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.