Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bencana: 14 PPS ditutup, jumlah mangsa turun 1,143 orang
  • SEMASA

Bencana: 14 PPS ditutup, jumlah mangsa turun 1,143 orang

Utusan Sarawak 3 months ago

MASIH BEROPERASI... Keadaan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Selangau

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup setakat pukul 4 petang tadi.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), seramai 10,973 orang daripada 3,241 keluarga masih berada di 49 PPS.

Jumlah itu berkurang 1,143 orang berbanding seramai 12,116 orang pada 8 pagi tadi.

Antara PPS yang ditutup termasuk PPS Kampung Long Busang, Dewan Mesra Simunjan; Rumah Steven, Tatau; lima PPS di Siburan iaitu Dewan Kampung Lintang Baru, Masjid Kampung Lintang Baru, SJK Chung Hua Batu 29, SK Tanah Merah, dan Balai Raya Kampung Kanowit Betong.

Selain itu, tiga PPS di Serian iaitu PPS Balai Raya Kampung Ensebang, Dewan Salcra Kedup 2 dan Dewan Serbaguna Rimba Padi, Serian serta tiga PPS di Samarahan iaitu Kampung Endap, Dewan Kampung Entingan dan Balai Raya Kampung Nangka.

Dalam pada itu, tiga PPS yang menempatkan mangsa tanah runtuh di Bahagian Miri dan Bintulu masih beroperasi.

Selain itu, satu PPS di Bahagian Sibu juga masih beroperasi bagi menempatkan 36 mangsa daripada lapan keluarga yang merupakan mangsa kebakaran.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Bantuan RM1,000 mangsa banjir diberi untuk keluarga benar-benar terjejas – Abang Johari
Next: Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.