Belukar terbakar berjaya dipadam

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN BELUKAR… Anggota bomba bertugas menjalankan pemadaman kebakaran belukar yang berlaku di perumahan Kampung Bintangor, semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Kebakaran belukar berlaku di kawasan perumahan Kampung Bintangor semalam, mencetuskan kebimbangan penduduk sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.44 tengah hari.

KESAN KEBAKARAN… Kesan akibat kebakaran belukar di kawasan perumahan Kampung Bintangor. Foto BBP Bintangor

“Lima anggota yang diketuai Bahani Bajuri digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi menjalankan pemeriksaan dan mendapati terdapat kebakaran belukar seperti yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, operasi pemadaman dimulakan pada 12.49 tengah hari.

“Satu aliran hos kekili dengan sumber air dari tangki jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada 1.10 petang,” katanya.

Kebakaran belukar boleh menyebabkan pencemaran udara akibat asap tebal, seterusnya menjejaskan kesihatan penduduk, terutama mereka yang menghidap penyakit pernafasan seperti asma.
Oleh Earl Anek