Belukar setengah hektar terbakar di Kampung Seberang, Sarikei

Facebook
WhatsApp

OPERASI PEMADAMAN… Operasi pemadaman kebakaran belukar dijalankan oleh anggota bomba. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Kebakaran belukar seluas setengah hektar berlaku berhampiran Jambatan Kampung Seberang, Sarikei pada petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.21 petang.

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas bergegas ke lokasi kebakaran. 

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran belukar berkeluasan setengah hektar telah berlaku,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, komander operasi membuat pemeriksaan dan seterusnya mengarahkan anggota bomba menggunakan tiga pemukul api (fire beater) untuk memadamkan kebakaran. 

“Operasi pemadaman kebakaran belukar terkawal pada 5.00 petang. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi selesai pada 5.25 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis