Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Belia dijemput sertai pertandingan Esports
  • SUKAN

Belia dijemput sertai pertandingan Esports

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan poster acara Kejohanan MYSS Youth Stay At Home eSports XTive Challenge 2020 dan diiringi oleh Pemangku Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (MYSS), Nancy Jolhie dan Presiden Sarawak Esports Association (SESA), Afiq Fadhli Narawi

BERSEMPENA dengan sambutan Hari Belia Negeri Sarawak pada 5 Disember ini, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak (MYSS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) akan menganjurkan “MYSS YOUTH STAY AT HOME ESPORTS XTIVE CHALLENGE” secara atas talian selama empat minggu bermula pada 4 sehingga 27 Disember.

Pertandingan Esports itu terbuka khas untuk belia-belia di Negeri Sarawak yang berumur 40 tahun ke bawah.

Game title yang akan dipertandingkan adalah PUBG Mobile (squad mode) dan dijangka akan disertai oleh seramai 1,200 belia atau 240 pasukan.

Konsep pertandingan kali ini agak berbeza yang mana pihak penganjur akan membahagikan perlawanan kepada tiga circuit dan pasukan yang terbaik daripada setiap circuit akan mara ke Grand Final (25 Disember sehingga 27 Disember).

Pemenang Grand Final akan memenangi wang tunai dan berpeluang untuk mewakili Sarawak pada Kejohanan Esports terpilih tahun hadapan.

Borang pendaftaran boleh didapati melalui link Google Form yang akan disiarkan di FB Page Sarawak Esports Association pada 2 Disember.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Adi di talian 019 4514529 atau di ink Discord Kaunter Pertanyaan SESA https://discord.gg/uHn6dB96pR.

Penganjuran kali ini juga akan diselitkan dengan program Esports Webinar bagi emberi pendedahan tentang peluang yang boleh diceburi oleh belia-belia dalam ndustri Esports dan mengenai permiana sihat.

Program tambahan ini akan disampaikan oleh beberapa orang panel yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang Esports.

Continue Reading

Previous: Datus United terajui liga
Next: Seda United lakar juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.