Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bekerjasama atasi isu sampah haram
  • TEMPATAN

Bekerjasama atasi isu sampah haram

Utusan Sarawak 5 years ago
AHLI Majlis Perbandaran Padawan, Wlifred Yap Yau Sin yang hadir pada Program Hari Kebersihan Dunia di Kuching, semalam.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengharapkan penduduk setempat agar memberi kerjasama dalam mengatasi masalah pembuangan sampah haram di beberapa kawasan yang berkaitan.

Ahli Majlis Perbandaran Padawan, Wlifred Yap Yau Sin berkata, pihaknya memandang serius isu pembuangan sampah haram yang berlaku kerana masalah ini semakin membimbangkan.

“Masalah pembuangan sampah haram adalah isu yang tiada pengakhiran, malah ia berlaku secara berterusan sekiranya masyarakat tidak mengambil serius sekali gus akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Pihak kita telah menerima beberapa aduan daripada orang awam berkaitan dengan isu tersebut, malah ia semakin menjadi. Kita dapati terdapat beberapa kawasan di Jalan Lapangan Terbang, Jalan Kangking, Jalan Kangkok dan Jalan Arang dijadikan tempat pembuangan sampah.

Beliau berkata demikian kepada media pada Program Hari Kebersihan Dunia, semalam.

Menurutnya, kebersihan adalah tanggungjawab bersama dengan setiap orang harus memainkan peranan penting dalam memastikan perkara seperti pembuangan sampah haram tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.

“Penduduk setempat seharusnya sedar dan faham tentang perlunya menjaga kebersihan dan ia perlu bermula daripada dalam diri seseorang.

“Saya percaya apabila seseorang itu biasa dengan persekitaran yang bersih, mereka sudah tentu tidak akan melakukan sebarang tindakan yang mengundang kekotoran tanpa mengira tempat.” Jelasnya.

Beliau berharap agar masyarakat peka terhadap isu itu dan saling memberi kerjasama dengan MPP demi kesejahteraan bersama.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Sertai acara Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif
Next: SK Ba’kelalan laksana Projek Taman Botani

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.