Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bekas polis menyamar lagi sebagai polis dijatuhi hukuman mahkamah
  • JENAYAH

Bekas polis menyamar lagi sebagai polis dijatuhi hukuman mahkamah

Utusan Sarawak 2 years ago
Siasatan mendapati tertuduh Asri Gapar, 30, bukan lagi seorang anggota polis, telah meletak jawatan daripada pasukan itu selepas disahkan sakit namun menyamar lagi sebagai anggota polis itu akhirnya didenda RM1,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Jika gagal bayar denda akan dipenjara tiga bulan.

KUCHING: Menyamar sebagai pegawai polis, seorang lelaki bekas anggota polis didenda RM1,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Jika gagal bayar denda akan dipenjara tiga bulan.

Tertuduh Asri Gapar,30,mengaku bersalah di hadapan Majistret Zaiton Anuar dan mensabitkan kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Asri, yang kini bekerja sebagai pemandu e-hailing, melakukan kesalahan itu di Taman Wira Jaya di Bukit Siol di sini, kira-kira jam 7.30 pagi pada 16 April lalu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu lelaki berusia 27 tahun didatangi Asri yang memalingkan kad Polis Diraja Malaysia miliknya.

Asri telah berdepan dengan pengadu berhubung ekzos motosikal yang diubah suai yang terlalu kuat dan mengarahkan pengadu mengikutinya ke balai polis Gita untuk siasatan.

Namun, siasatan kemudian mendapati Asri bukan lagi seorang anggota polis, telah meletak jawatan daripada pasukan itu selepas disahkan menghidap penyakit mental yang teruk.

Pendakwaan kes dikendalikan Insp Merylene Lindan Andrew Mang manakala Asri tidak diwakili peguam.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Polis jalankan siasatan lanjut kes buli pelajar sekolah
Next: Dua lelaki miliki tiket loteri haram didenda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.