Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas Perdana Menteri Tunisia dihukum penjara 34 tahun
  • GLOBAL

Bekas Perdana Menteri Tunisia dihukum penjara 34 tahun

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ALI Laarayedh

ISTANBUL/ANKARA: Bekas Perdana Menteri Tunisia merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Ennahda, Ali Laarayedh dijatuhi hukuman penjara 34 tahun atas pertuduhan berkaitan keganasan, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan media pada Sabtu.

Agensi berita rasmi Tunisia, TAP, yang memetik sumber kehakiman melaporkan bahawa Laarayedh bersama lapan tertuduh lain didakwa atas kesalahan membantu penubuhan kumpulan pengganas, menyertai kumpulan berkenaan dalam negara serta memudahkan perjalanan belia Tunisia ke luar negara untuk menyertai kumpulan pengganas.

Kes berkenaan dikenali sebagai “perbicaraan pemerdagangan manusia.”

Kesemua tertuduh dijatuhi hukuman penjara antara 18 hingga 36 tahun kerana didakwa memperdagangkan individu ke wilayah yang dikuasai kumpulan pengganas Daesh.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: PRU2025 Singapura: 48 peratus mengundi setakat 12 tengah hari
Next: Seorang maut, empat cedera nahas helikopter di Timur China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.