Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas pembantu tadbir JKM Sarawak dipenjara 468 tahun, didenda RM180 juta
  • MAHKAMAH

Bekas pembantu tadbir JKM Sarawak dipenjara 468 tahun, didenda RM180 juta

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 468 tahun dan didenda RM180 juta atau 36 bulan penjara serta tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas terbabit dalam pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) yang melibatkan jumlah lebih RM16 juta.

Hakim Musli Ab Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja’afar @ Ang Chui Thong, 38, selepas dia mengaku bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan CBT.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], tertuduh dipenjara 12 tahun dan didenda RM5 juta atau sebulan penjara bagi setiap satu pertuduhan.

Sementara itu, untuk tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu CBT, Musli mengarahkan Mohd Zairull dipenjara 12 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hakim turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Berikutan itu, tertuduh hanya perlu menghabiskan 12 tahun penjara dan tambahan 36 bulan penjara jika gagal membayar denda RM180 juta.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Zairull didakwa melakukan kesalahan pengubahan wang haram antara 2020 dan 2022, membabitkan jumlah RM6,013,504.31.

Sementara tiga lagi pertuduhan menyaksikan Mohd Zairull didakwa melakukan CBT antara 2019 dan 2021 membabitkan jumlah RM10,272,350.13.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Wan Nur Amanina Wan Din, DPP Mohd Ashrof Kamarul dan DPP Manjira Vasudevan, manakala Mohd Zairull diwakili peguam Christopher Bada. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah Tinggi keluarkan waran tangkap terhadap warga emas
Next: Peniaga didenda RM10,000 jual, miliki produk tidak berdaftar KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.